TEKNOLOGI DAN INOVASI DALAM PENDIDIKAN GGGE2123 MEJAR JASMY
lizafauzi@cute
Ahad, 28 Jun 2015
Rabu, 24 Jun 2015
PENGENALAN
Apakah yang dimaksudkan dengan teknologi?
Teknologi bermaksud proses dan produk yang
digunakan untuk membangunkan negara atau membaiki sesuatu sistem seperti sistem
pendidikan.
Proses mencakupi pengetahuan saintifik dan
kaedah atau teknik untuk menyelesaikan masalah manakala produk adalah ciptaan
daripada proses (teknik) teknologi itu sendiri.
Penjelasan ini sama seperti yang dimaksudkan
oleh Saettler (1968, 1990) iaitu teknologi bukan bererti penggunan mesin
sahaja, tetapi meliputi teknik penggunaan pengetahuan saintifik.
Finn
(1960) dan Heinich, Molenda dan Russell (1989) juga setuju bahawa teknologi
mencakupi proses dan produk.
Sebagai
contoh, projektor overhed dan transparensi adalah merupakan produk atau hasil
ciptaan manakala teknik dan prosedur mencipta alat dan bahan ini merupakan
proses.
Bagi Saettler (1990), teknik lebih penting
daripada produk kerana untuk menghasilkan sesuatu memerlukan proses.
Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi
pendidikan?
Inovasi bermaksud idea, amalan atau bahan yang
boleh membawa pembaharuan kepada seseorang individu atau sistem sosial.
Ia juga bermaksud idea, latihan atau objek yang
dianggap 'baru' oleh sesorang individu (Rogers, 1983).
Namun demikian 'baru' dalam konteks inovasi
tidak bermaksud idea, amalan atau bahan yang baru sahaja.
Sesuatu inovasi mungkin telah diketahui atau
disedari oleh seseorang individu.
Cuma dia
belum menunjukkan sikap suka atau tidak suka terhadap ide, amalan dan bahan itu
atau ia belum menunjukkan sama ada untuk menerima atau menolaknnya. Barunya
sesuatu inovasi bergantung kepada keputusan yang dibuat oleh individu.
ICT
DALAM PENDIDIKAN
Komputer adalah alat elektronik
yang kompleks dan mempunyai banyak kelebihan. Ia sesuai untuk dijadikan alat
bagi membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia
berkemampuan menerima dan memproses data.
Komputer juga membantu pengajar
mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran yang berkesan jika digunakan
dengan sistematik. Pengajaran yang disertakan dengan alat bantu mengajar
terkini akan dapatmenambah minat pelajar mempelajari sesuatu bidang pelajaran.
Di samping itu, jikakomputer dapat digunakan secara sistematik dan berkesan
oleh guru, ia mampu menyelesaikan sebarang masalah pengajaran dan pembelajaran.
Ini selaras dengan pandangan Heinich (1996) yang menyatakan bahawa komputer
dapat memperkayakan teknik pengajaran.
Menurut Merrill (1986) pula, komputer adalah mesin memproses maklumat yang
perlu diberikan arahan oleh penggunanya. Arahan ini boleh disampaikan menerusi
peralataninput seperti papan kekunci, pengimbas (scanner), kad, joystick,
tetikus, pad grafik dan unit pemprosesan pusat (CPU). Heinich (1996) menyatakan
komputer berkemampuan mengawal dan mengurus bahan pengajaran yang banyak.
Kemampuan komputer berinteraksi
dengan pengguna membolehkan pengajar-pengajar menerapkan pengajaran dan
pembelajaran secara lebih mudah sertamenarik. Bitter (1989) pula menyatakan
komputer boleh bekerja pantas serta beroperasi 24 jam tanpa berhenti dan
maklumat yang dikeluarkannya dengan tepat.
Penggunaan komputer ini ada
hubungkaitnya dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang kini diaplikasikan dalam
sistem pendidikan negara. Ini adalah kerana komputer dijadikan sebagai
pangkalan data, dapat memberikan maklumat yang dicari atau diminta oleh orang
ramai. Perlaksanaan konsep Sekolah Bestari iaitu salah satu contoh aplikasi
perdana dalam Koridor RayaMultimedia adalah usaha kerajaan yang berterusan bagi
membentuk generasi baru yang mempunyai daya saing dalam era teknologi maklumat
dan komunikasi. Satu perkembangan yang amat ketara dalam dunia masa kini ialah
berlakunya ledakan teknologi maklumat.
Dengan adanya kemajuan dalam
telekomunikasi, komputer yang dihubungkan dengan jaringan internet telah
membolehkan banyak maklumat diperolehi dengan cepat. Inovasi dalam teknologi
maklumat ini dapat menyebarkan segala maklumat
kepada pelbagai lapisan
masyarakat (Nik Azis, 1996). Menyedari hakikat ini, kerajaan Malaysia telah
mengambil inisiatif untuk terus memperkembangkan teknologi komunikasidan
maklumat ini dengan menubuhkan Koridor Raya Multimedia (MSC).
Tujuh aplikasi utama dalam MSC
terdiri daripada kerajaan elektronik, tele-perubatan, sekolah bestari, kad
pintar, pemasaran tanpa sempadan, kelompok penyelidikan dan pembangunan dan
jaringan perusahaan sedunia. Ketujuh-tujuh aplikasi ini mewujudkan
telekomunikasi global berkeupayaan tinggi yang membawa Malaysia ke arah negara
maju dan makmur (MDC,2000).
Sejajar dengan teknologi ICT juga, kerajaan
telah menubuhkan sekolah bestari yang telah memperlihatkan kesungguhan
Kementerian Pelajaran Malaysia untuk mentransformasikan pendidikan agar bangsa
Malaysia abad ke-21 ini bukan sahaja menguasai teknologi maklumatmalah berupaya
merealisasikan Wawasan 2020.
Transformasi ini telah mengubah anjakan
paradikma pengajar dan pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam
pendidkannegara khususnya dalam meningkatkan minat pelajar, meningkatkan
kreativiti dan pengetahuan pelajar melalui penggunaan teknologi multimedia dan
jaringan seluruh dunia.
Pihak Kementerian Pendidikan
Malaysia melihat ICT sebagai suatu alat untuk merevolusikan pembelajaran,
memperkayakan kurikulum, memperkembangkan pedagogi, menstrukturkan organisasi
sekolah dengan lebih berkesan, melahirkan hubungan yang lebih kuat di antara sekolah-sekolah
dan masyarakat, dan meningkatkan penguasaan pelajar.
Konsep ICT dalam pendidikan dari kaca mata KPM
merangkumi 3 polisi utama:
i.
ICT untuk semua pelajar, bermaksud bahawa ICT
digunakan sebagai sesuatu yang boleh mengurangkan jurang digital antara
sekolah.
ii.
Fungsi dan peranan ICT di dalam pendidikan adalah
sebagai suatu alat pengajarandan pembelajaran, sebagai sebahagian daripada
subjek tersebut, dan sebagaisesuatu subjek tersendiri.
iii.
Menggunakan ICT untuk meningkatkan produktiviti,
kecekapan dan keberkesanansesuatu sistem pengurusan.Selain daripada bidang
pendidikan, perkembangan persekitaran global telah memberi kesan besar kepada
usaha membangunkan Malaysia sebagai sebuah ekonomi berasaskan pengetahuan yang
berdaya saing. Memandangkan ICT merupakan penentu utama dalam proses
pembangunan bagi meningkatkan ekonomi dalam rantaian nilai, usaha akan
dipergiat untuk mengarusperdanakan akses kepada perkhidmatan dan kemudahan ICT
secara meluasserta menggalakkan penerimaan dan penggunaan ICT secara menyeluruh
dalam semua aspek kehidupan
Selasa, 23 Jun 2015
Isnin, 22 Jun 2015
Langgan:
Catatan (Atom)