10
GAMBAR TEKNOLOGI DAN INOVASI
1. ALAT PENGESAN ALIRAN DARAH
![]() |
Secara amnya, obesiti
merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang.
Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak
menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan
mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah
kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial,
jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.
Obesiti merupakan faktor
penyebab berlakunya pembesaran atrial kiri yang meningkatkan risiko strok,
ritma jantung tidak normal serta maut. Kajian yang diterbitkan dalam jurnal
American College of Cardiology itu mendapati struktur jantung serta injap
jantung turut mengalami perubahan yang berpunca daripada obesiti.
Alat ini berfungsi bagi
mengesan sebarang keabnormalan aliran darah ke jantung. Alat pengesan bersaiz
dua ibu jari ini diletakkan di saluran darah atau endothelium di mana ianya adalah
merupakan punca kepada kerosakan jantung bermula.
Dengan alat ini,
kerosakan yang berlaku pada jantung dapat dikesan awal sekurang-kurangnya dua
tahun lebih awal dan rawatan segera dapat dilakukan sebelum menjadi lebih teruk
dan membawa maut.
2. STENTE

Penyakit
arteri koroner (CAD) adalah penyempitan atau penyumbatan arteri koroner, arteri
yang menyalurkan darah ke otot jantung. Bila aliran darah melambat, jantung tak
mendapat cukup oksigen dan zat nutrisi. Hal ini biasanya mengakibatkan sakit
dada yang disebut angina. Bila satu atau lebih dari arteri koroner tersumbat
sama sekali, akibatnya adalah serangan jantung (kerusakan pada otot jantung).(
Brunner and Sudarth, 2001).
Untuk
merawat penyakit Coronary Artery Disease atau penyakit jantung yang disebabkan
pemyempitan salur darah yang disebabkan oleh kehadiran kolesterol yang semakin
menebal dan menutup laluan darah ke jantung , stent membebaskan ubat (perancah)
yang dimasukkan ke dalam saluran darah. Implan ini direka khas bagi membantu
melebarkan saluran darah untuk pengaliran darah yang lebih lancar ke jantung.
Teknologi
perubatan terkini menemui Absorb BVS, iaitu satu-satunya stent pembebasan ubat
(DES) bukan-metalik. Uniknya, BVS menggunakan teknologi inovatif syarikat,
dihasilkan daripada polylactide, sejenis bahan yang biasanya digunakan dalam
bidang perubatan seperti benang jahitan pembedahan mudah larut. Memandangkan ia
daripada bahan semulajadi. BVS selamat digunakan sebagai implant kerana ia akan
habis setelah dua tahun dan diserap semula ke dalam tubuh.
3. KAPSUL ENDOSKOPI

Endoskopi
bererti melihat ke dalam dan biasanya merujuk kepada melihat dalam badan bagi
tujuan perubatan menggunakan peralatan yang dikenali sebagai endoskop.
Endoskopi juga boleh dirujuk sebagai menggunakan boreskop dalam keadaan
teknikal di mana pemerhatian secara langsung tidak sesuai.
Dengan
terciptanya kapsul ini merupakan alat yang digunakan untuk merakam gambar pada
saluran pencernaan dalam perubatan. Kapsul ini berbentuk pil yang mengandungi
sebuah kamera kecil. Setelah pesakit menelan kapsul ini, maka kamera yang
terdapat dalam pil tersebut akan merakam gambar dalam sistem pencernaan
pesakit.
Penggunaan
pil ini adalah untuk mengetahui keadaan usus kecil yang tidak dapat dilihat
oleh mesin endoskopi lain seperti kolonoskopi. Ianya digunakan untuk mencari punca
perdarahan dan sakit perut dan sebarang masalah yang berkaitan dengan sistem
pencernaan. Alat tersebut amat mudah digunakan dan mendapat keputusan yang
lebih efektif.
4. SERBUK ANTI PERDARAHAN DARI KULIT
UDANG (CELOX)

Pendarahan
atau hemoragi menjelaskan ekstravasasi atau keluarnya darah dari tempatnya
semula. Pendarahan dapat terjadi hanya di dalam tubuh, misalnya saat terjadi
peradangan dan darah keluar dari dalam pembuluh darah atau organ tubuh dan
membentuk hematoma; atau terjadi hingga keluar tubuh, seperti mengalirnya darah
dari dalam vagina, mulut, rektum atau saat kulit terluka.
Pendarahan
sekiranya dibiarkan tanpa rawatan dalam tempoh jangka masa yang panjang boleh
membawa kepada kematian. Justeru adalah sesuatu yang penting untuk semua
daripada kita terutamanya anggota keselamatan serta pekerja-pekerja yang perlu
mengendalikan jentera berat mempunyai alat untuk menghentikan pendarahan yang
boleh bertindak serta merta.
Bagaimanapun
ketika ini, sekiranya berlaku pendarahan yang teruk, pesakit biasanya akan
terus dirujuk di hospital untuk mendapatkan rawatan dan ini kebiasaannya
mengambil masa yang lama. Namun, penyelidikan yang dihasilkan oleh saintis dari
SAM Medical Products di Portland, Amerika Syarikat mungkin akan merubah keadaan
tersebut apabila mereka berjaya menghasilkan sejenis bahan anti-pendarahan
berbentuk serbuk dari kulit udang yang dikenali sebagai Celox.
Sebaik
Celox dilekatkan kepada bahagian luka yang berdarah, cas positif serbuk ini
akan membuat tauk silang dengan cas negatif sel darah merah lantas menyumbat
alirandarah pada bahagian luka yang lebih dalam. Proses yang hanya memakan masa
kira-kira lima minit itu jauh berbeza dengan sejenis alat balutan yang
digunakan oleh tentera Amerika Syarikat di Iraq dan Afghanistan ketika ini yang
bertindak pada bahagian permukaan luka sahaja. Celox juga tidak mendatangkan
kesan sampingan kepada pemakainya seperti kepanasan atau kesan terbakar seperti
beberapa alat antipendarahan dalam bentuk serbuk lain.
5. DIY PAP SMEAR

Pap
Smear adalah sejenis prosedur perubatan di mana sel sampel dari serviks
(pangkal rahim) wanita diambil dan dicalit pada slaid mikroskop. Sel-sel
tersebut diperiksa di bawah mikroskop untuk mencari perubahan pra-malignan
(sebelum-kanser) atau malignan (kanser). Ia adalah satu alat pemeriksaan untuk
mencari tanda-tanda amaran awal bahawa kanser mungkin terbentuk. Jika perubahan
abnormal ditemui ketika pemeriksaan, ujian lebih lanjut akan dilakukan untuk
menentukan jika rawatan diperlukan.
80%
daripada kes kanser serviks (kanser ke-5 yang paling biasa berlaku di kalangan
wanita di seluruh dunia). Ianya berlaku
di negara-negara berpendapatan rendah ke pertengahan di mana pemeriksaan rutin
& ujian tidak mudah didapati.
Ujian Smear ini bertujuan untuk menjimatkan
masa dan mudah untuk dikendalikan. Untuk
memastikan penggunaan yang konsisten , produk ini boleh dilakukan
sendiri kerana ianya disediakan dengan 6 ‘cap’ yang cukup untuk tempoh 3 tahun
ujian bagi setiap 6 bulan sekali.
6. ALAT PENGESAN ALERGI

Alergi atau
hipersensitivitas tipe I (1 dari 4) adalah kegagalan kekebalan tubuh di mana
tubuh seseorang menjadi hipersensitif dalam bereaksi secara imunologi terhadap
bahan-bahan yang umumnya imunogenik (antigenik) atau dikatakan orang yang
bersangkutan bersifat atopik. Dengan kata lain, tubuh manusia bereaksi
berlebihan terhadap lingkungan atau bahan-bahan yang oleh tubuh dianggap asing
dan berbahaya, padahal sebenarnya tidak untuk orang-orang yang tidak bersifat
atopik. Bahan-bahan yang menyebabkan hipersensitivitas tersebut disebut
alergen.
Simtomnya meliputi mata
merah, gatal-gatal, rhinorrhea, eksim, urticaria, atau serangan asma. Pada
sebagian orang, alergi berat terhadap lingkungan, atau alergi makanan atau
alergi obat-obatan atau reaksi terhadap sengatan dari wasp dan tawon mungkin
dapat membahayakan jiwa dengan timbulnya anaphylaxis. Tidak semua reaksi dari
hipersensivitas adalah alergi.
Ketika sedang mengalami
alergi alat ini mungkin sangat berguna. Sensix adalah alat yang memonitor dan
memberi tindak balas bagi yang mengidap alergi. Alat ini juga mempunyai monitor
yang secara fizik dan sangat sesuai untuk kanak-kanak.
Alat ini juga mengingatkan para pengguna bila
masanya untuk (injector) nya perlu diganti. Selain itu, alat ini juga mempunyai
monitor yang berupa ikon grafik yang berfungsi untuk mengindentifikasi makanan
atau zat-zat penyebab alergi (allergens).
Alat ini dicipta oleh Essential design yang
memenangi bronze International Design Excellence Award.
7. AMBULIGHT PDT

Peratusan penghidap
kanser kulit terus meningkat di dunia. Berdasarkan peningkatan tersebut satu
inisiatif diambil untuk merawat penyakit tersebut. Kemajuan teknologi dalam
bidang perubatan menghasilkan sebuah alat yang dinamakan Ambulight. Ambulight
digunakan oleh penghidap kaser kulit untuk membuat rawatan sendiri di rumah
atau di mana-mana sahaja dan tidak perlu untuk tinggal hospital.
Ambulight terdiri
daripada pelekat yang mempunyai ubat untuk memusnahkan sel-sel kanser. Ia
menggunakan photodynamic therapy disertakan dengan krim yang sensitif cahaya
boleh dilaras dalam memusnahkan kanser kuit. Alat ini mesra pengguna dan juga
mudah untuk digunakan. Pesakit hanya perlu meletakkan krim ke atas kawasan
kulit yang mempunyai sel kaser dan diikuti dengan plaster kemudian aktifkan
cahaya merah berkeamatan yang rendah selama enam jam untuk membunuh sel kanser.
PDT telah menjadi
rawatan utama untuk kanser kulit, isu kesihatan yang mantap dan berkembang di
kebanyakan rantau di dunia. Insiden kanser kulit bukan malignan terus
berkembang pesat dan kini menjejaskan sehingga 15% di UK, sehingga 40% daripada
Amerika Syarikat, dan sehingga 75% daripada penduduk Australia semasa hayat
mereka.
Kelebihan menggunakan
Ambulight ini adalah pesakit tidak merasa kesakitan semasa proses rawatan dan
ianya tidak meninggalkan sebarang parut. Berbeza dengan kaedah lama yang
memerlukan pesakit menjalani pembedahan untuk membuang sel kaser kulit ianya
meninggalkan parut kepada kulit pesakit. Ini menyebabkan pesakit menolak untuk
membuat rawatan tersebut kerana mereka malu kesan parut selepas pembedahan.
Pemaju Ambulight James Ferguson, Profesor Bidang Dermatologi pada Universiti
Dundee berharap rawatan ini kemudiannya boleh segera dilaksanakan oleh para
pesakit melalui ujian yang telah berjaya sebanyak 90 peratus. Harga Ambulight
adalah sekitar 300 pounds (RM1486.00)
8. GELANG AMARAN RADIASI UNTUK IBU
HAMIL
![]() |
Dalam fisika, radiasi
mendeskripsikan setiap proses di mana energi bergerak melalui media atau
melalui ruang, dan akhirnya diserap oleh benda lain. Orang awam sering
menghubungkan kata radiasi ionisasi (misalnya, sebagaimana terjadi pada senjata
nuklir, reaktor nuklir, dan zat radioaktif), tetapi juga dapat merujuk kepada
radiasi elektromagnetik (yaitu, gelombang radio, cahaya inframerah, cahaya
tampak, sinar ultra violet, dan X-ray), radiasi akustik, atau untuk proses lain
yang lebih jelas.
Apa yang membuat
radiasi adalah bahwa energi memancarkan (yaitu, bergerak ke luar dalam garis
lurus ke segala arah) dari suatu sumber. geometri ini secara alami mengarah
pada sistem pengukuran dan unit fisik yang sama berlaku untuk semua jenis
radiasi.
CARE
adalah gelang yang direka untuk memberi amaran kepada wanita mengandung
terutamanya mengenai tahap radiasi di setiap kawasan.
Gelang ini berubah
warna dan bergetar apabila tahap yang cukup tinggi yang berpotensi membahayakan
janin yang semakin meningkat.
Semoga amaran ini akan
memberitahu mereka untuk keluar dari kawasan tersebut sebelum bacaan mencapai
tahap kritikal, jika tidak ianya mungkin sudah terlambat.
Contoh sumber atau
kawasan yang mempunyai radiasi tanpa kita sedari ialah pengering rambut,kerusi
marmar dan garis ketegangan yang tinggi pada jalan raya.
9. WALKING FRAME

Anggota badan manusia
adalah sedemikian rupa supaya dapat bergerak. Kebolehan berjalan dapat membantu
seseorang untuk melaksanakan aktiviti seharian dan seterusnya menikmati kualiti
hidup yang optima.
Antara masalah berjalan
yang berlaku dengan peningkatan usia adalah seperti kehilangan keupayaan
anggota badan, kemerosotan daya ketahanan fisikal, penurunan tahap koordinasi
motor serta pengurangan kelenturan dan kekuatan otot. Akibatnya, pergerakan
menjadi terhad dan aktiviti yang memerlukan keseimbangan badan menjadi lebih
rumit.
Risiko jatuh juga
bertambah. Alat bantuan berjalan boleh digunakan untuk:
·
Mengurangkan daya dan tenaga yang
diperlukan semasa berjalan
·
Membantu meningkatkan keseimbangan badan
dan mengurangkan risiko untuk jatuh
·
Mengurangkan beban ke atas kaki yang
lemah atau tercedera
·
Mengurangkan kesakitan
·
Membantu berjalan untuk mereka yang
kehilangan sebelah anggota bawah badan
Alat ini adalah satu
alat bantuan untuk pesakit yang lemah bahagian kaki terutama warga emas untuk
bergerak dimana alat ini dilengkapi
roda, brek, tingggi pemegang yang boleh dilaraskan serta mempunyai tempat duduk
jika seseorang itu kepenatan dan sebagainya. Ia juga boleh digunakan sebagai kerusi
roda dan lebih selamat dan lebih mesra pesakit.
10. BLOOD PRESSURE MONITOR

Tekanan darah adalah
kekuatan yang diperlukan agar darah dapat mengalir didalam pembuluh darah dan
beredar mencapai seluruh jaringan. Tekanan darah merujuk kepada tekanan yang
dialami darah pada pembuluh arteri darah ketika darah di pompa oleh jantung ke
seluruh anggota tubuh manusia.
Tekanan darah dibuat
dengan mengambil dua ukuran dan biasanya diukur seperti berikut 120 /80 mmHg.
Nomor atas (120) menunjukkan tekanan ke atas pembuluh arteri akibat denyutan
jantung, dan disebut tekanan sistole. Nomor bawah (80) menunjukkan tekanan saat
jantung beristirahat di antara pemompaan, dan disebut tekanan diastole. Saat
yang paling baik untuk mengukur tekanan darah adalah saat istirahat dan dalam
keadaan duduk atau berbaring (Frandson, 1992).
Pemeriksaan tekanan
darah merupakan indikator penting dalam menilai fungsi kardiovaskuler. Tekanan
darah sangat penting dalam sistem sirkulasi darah dan selalu diperlukan untuk
daya dorong yang mengalirkan darah di dalam arteri, arteriola, kapiler dan
sistem vena sehingga terbentuk aliran darah yang menetap (Siswanto. 2008).
Menurut Darmawan (1987), tekanan
darah timbul ketika bersirkulasi di dalam pembuluh darah. Organ jantung dan
pembuluh darah berperan penting dalam proses ini dimana jantung sebagai pompa
muskular yang menyuplai tekanan untuk menggerakkan darah, dan pembuluh darah
yang memiliki dinding yang elastis dan ketahanan yang kuat sebagai jalan
lewatnya darah.
Nampaknya pengunaan
telefon bukan sahaja tertumpu pada komunikasi malahan ia boleh digunakan untuk
perubatan juga. Seperti Iphone ini, ia boleh disambungkan pada alatan untuk
memeriksa tekanan darah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan